Welcome to my blog :)

rss

Monday, March 29, 2010

UBAT HATI


Assalamualaikum,,salam ukhuwah fillah abadan abada..
Untuk entry kali ini, saya ingin menulis tentang hati..
penulisan ini sengaja saya pilih khusus buat mendidik diri saya supaya dapat memelihara hati dengan sebaiknya.Harapnya moga penulisan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Hati merupakan organ terpenting dalam diri manusia. Hati diumpamakan seperti raja dalam anggota badan, manakala anggota lain merupakan rakyatnya. Maka hatilah yang berkuasa mengarahkan pelbagai perkara kepada anggota badan. Ini bermakna jika anggota badan mendapat arahan melakukan perkara yang baik, maka ianya menerima arahan daripada hati yang bersih dan elok dan jika sebaliknya, maka hatinya merupakan hati yang sakit dan bermasalah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesunguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati. Hati yang kotor dan bermasalah pasti punyai sebab musababnya.Untuk mengenali hati yang sakit, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jauhilah perkara yang haram nescaya kamu akan menjadi orang yang paling khusyuk dalam beribadah. Redhalah dengan rezeki Allahh yang kamu terima nescaya kamu akan menjadi orang yang paling kaya.Berperilakulah yang baik kepada jiran nescaya kamu termasuk oarabg mukmin.Cintailah orang lain pada hal-hal yang kamu cintai bagi diri kamu sendiri nescaya kamu tergolong orang Muslim dan janganlah terlalu banyak ketawa, sesungguhnya terlalu banyak tertawa itu mematikan hati."( Riwayat Ahmad dan al- Tirmizi) Hadith ini jelas menunjukkan tarbiah Rasulullah untuk umatnya dalam memelihara hati.

Berikut merupakan tips dan cara untuk mengubati hati:
  • sentiasa berbaik sangka - Antara langkah berbaik sangka adalah seperti  hadapi kawan dan lawan   dengan wajah  tenang, gembira, sopan, rela hati dan elakkan menyombong diri dan meninggi diri.
  • Buang segala sifat hasad dengki - hapuskanlah sikap hasad degki terhadap insan lain. Hidup tidak akan tenang selagi sikap mazmumah tersebut tertanam di dalam hati. Hasad dengki hanya akan menghancurkan hidup kita kerana sentiasa memikirkan jalan untuk menjatuhkan orang lain.
  • Senyum penuh keikhlasan - senyumlah kepada dunia, agar isinya turut tersenyum kepadamu. Senyumlah dengan penuh keikhlasan kerana senyum merupakan sedekah yang paling mudah, tetapi jangan pula disalahguna kearah kemaksiatan.Jadi senyumlah, pasti kamu akan merasakan ketenangan di dalam hati kerana menggembirakan orang lain dengan menunjukkan wajah yang manis.

  • Hadir ke majlis ilmu - Orang yang senantiasa menghadiri majlis ilmu akan dirahmati Allah dan hidupnya sentiasa dinaugi malaikat serta tujuan hidupnya terarah. Ilmu adalah cahaya. Cahaya ilmu ini akan menyinari hati kita.jadi sentiasalah hadir ke majlis ilmu kerana ilmu dapat menjadikan hati kita bersih.

  • Hiasi diri dengan sikap ikhlas - Ikhlas berkait rapat dengan niat .Sesuatu perkara yang diniatkan adalah melalui hati. Jadi segala niat yang ikhlas kerana Allah tanpa mendambakan pujian dan kemasyhuran manusia menjadikan hati kita terdidik kearah kebaikan. 

Doa untuk mendapat hati yang sejahtera

يِاَ مُصَرّفَ القُلوُبِ صَرِّفْ قُلوُبَنَا عَلىَ طاَعَتِكْ

Maksudnya: " Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati,
tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepadamu"

                                                    (Riwayat Muslim, No. 2654)

                                                                                                               rujukan: Solusi isu  8                      


1 comments:

نعيمة إسماعيل said...

jagalah hati kta dgn sebaiknye...:)

Post a Comment