Bergenang air mata ini apabila mendengar adik-adik yang bakal menerajui masa depan negara menyanyikan lagu permata insan pada majlis pelancaran Permata Insan di DKP3 Universiti Sains Islam Malaysia pada 12 mac lalu. Bait-bait lagu yang menyentuh hati itu menerangkan tentang anak-anak seperti kain putih, suci dan bersih sebagaimana sabda junjungan kita Rasulullah s.a.w.
Sayu saya seketika ketika adik-adik menyanyikan lagu permata insan itu, didalam hati ini tidak kering dengan ucapan Alhamdulillah kerana saya merasakan para cendiakawan islam sepatutnya dicari dan digali ketika mereka masih kecil lagi. Pepatah melayu menyatakan ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, jadi ianya bersesuaian dengan idea murni YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansor rmemperkenalkan Pusat Permata Negara di atas slogan “Setiap Anak Permata Negera”. Justeru itu bagi melahirkan kanak-kanak yang celik ilmu daripada kalangan pelajar-pelajar pintar isla, Universiti sains Islam Malaysia telah mengambil inisiatif mewujudkan Pusat Permata Insan di USIM .

Merujuk kepada buku kecil yang dibekalkan sewaktu majlis pelancaran tersebut menyatakan bahawa idea Permata Insan ini bakal menghasilkan ilmuan dan pemikir islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Individu yang berkebolehan tinggi memahami, mentafsir, menghafaz dan mengaplikasi al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan serta mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam dan mencetuskan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi. Selain itu, visi idea ini adalah untuk membudayakan al-Quran dan al-Sunnah sebagai teras kecemerlangan generasi muda. Misinya pula adalah bertekad untuk menjadi satu wadah pelajar pintar berteraskankin penghayatan al-Quran dan al-Sunnah. Alhamdulillah...InsyaAllah, Malaysia akan melahirkan pemikir-pemikir islam yang dapat menyumbangkan kepakaran kepada dunia Islam khususnya.Melihatkan wajah adik-adik yang seronok dan happy sewaktu majlis berlangsung, membuatkan hati saya tersenyum bangga, dengan penuh pengharapan saya berdoa semoga Allah memberkati dan merahmati usaha murni ini..ameen..
0 comments:
Post a Comment