Welcome to my blog :)

rss

Saturday, March 13, 2010

MATA ADALAH ANUGERAH ILAHI..HARGAILAH..

Assalamualaikum…salam ukhuwah…persaudaraan islam selamanya…
Kali ini saya tertarik untuk menulis tentang salah satu daripada anugerah yang tidak ternilai harganya yang ada dalam diri kita. Ianya ialah…mata, eye dan juga ainun. Sebenarnya ada motif tersendiri untuk saya sampaikan kepada anda semua tentang topik ni. Actually beberapa minggu yang lepas saya  mengalami ujian daripada Allah yang menuntun saya untuk sentiasa redha dan sabar. Saya mengalami ujian sakit mata. Pada mulanya saya sudah dapat mengagak bahawa saya akan mengalami ujian ini kerana sakit ini mudah untuk dijangkiti.


Di awal ujian ini saya agak tertekan kerana memikirkan banyak kerja untuk  diselesaikan. Dalam keadaan saya yang sebegini adalah sukar untuk menyelesaikan kerja yang menuntut saya untuk berjumpa dengan orang ramai. Sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi Allah menganugerahkan ujian ini kepada saya. HikmahNya yang membuatkan saya sedar ialah mata adalah merupakan anugerah yang sangat-sangat bernilai dalam diri kita. Allah mengajar diri ini supaya senantiasa bersyukur dengan nikmatNya yang kita sendiri tidak sangka secara tiba2 Dia boleh tarik balik nikmatNya sekiranya kita tidak bersyukur. Selalunya kita hanya mengucapkan syukur apabila kita mendapat nikmat yang besar oleh Allah seperti kejayaan, rezeki yang melimpah ruah dan seumpamanya, tetapi kita tidak sedar bahawa maksud disebalik syukur Alhamdulillah itu adalah meliputi semua nikmat yang Dia kurniakan kepada kita..sebenarnya suka untuk saya menasihati antum semua dan juga diri saya khususnya yang merupakan hamba yang sangat hina dan kerdil disisi Allah ini. Hargailah setiap anugerah yang dikurniakan Allah kepada kita…Terima Kasih Ya Allah atas nikmatmu daripada sekecil-kecil nikmat hinggalah kesebesar-besar nikmat yang Kau kurniakan kepada kami. ALHAMDULILLAH..dengan 'ujian' ini aku telah belajar erti kesyukuran yang hakiki. Akhirnya sakit mataku ini beransur pulih dan sembuh dari hari ke sehari..mungkin berkat hembusan doa ibuku yang mengharapkan kesembuhan ketika mengusap mataku. ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL WA KULLI NI'MAH..

2 comments:

...TaUTaN MaHaBBaH... said...

btol 2 aina,,mata anugerah yg x t'nilai,,
tp kan aina,,kte yg dh rabun ni,,sbnarnya Allah dh trik 1 nkmat dr kte tau,,
tp xpe,@ sume ujian dr Allah,,
Allah msih sygkan kte lg,,

SITI NAJAH BINTI MOHD PAUZI said...

ingat lima perkara, sebelum lima perkara..
kita skit sbb tguran dri Allah, btapa nikmatnya kitika shat, suma bnda leh buat...
i pun dah hilang nikmat mata, huhu

Post a Comment