Seronok hati ini apabila menonton rancangan adik-adikku yang disiarkan RTM setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.30 petang. Apa tidaknya, dapat melihat adik-adik kecil yang berumur antara 9 hingga 14 tahun dengan bijaksana menyampaikan da’wah islam dengan kreativiti masing-masing. Saya hanya sempat menonton siaran ini pada cuti raya cina yang lalu, jadi untuk episod yang seterusnya saya tidak berkesempatan menonton siaran ini disebabkan komitmen saya sebagai pelajar. Kepadatan jadual belajar menghalang saya untuk terus memberi komitmen terhadap rancangan ini...
Tapi suka untuk saya akui disini bahawa saya sangat teruja menonton rancangan ini kerana rancangan seperti ini memberi informasi berguna kepada adik-adik kita di zaman ini. Di samping itu, rancangan ini juga dapat mendidik jiwa adik-adik kita menjurus ke arah menjadi seorang da’i. Sepertimana yang kita ketahui, di zaman yang penuh cabaran ini, adik-adik kita banyak didedahkan dengan program-program yang berbentuk hiburan semata-mata. Pepatah melayu ada menyatakan ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Jadi pendidikan yang berbentuk keagamaan adalah perkara yang amat penting untuk diajar dan dididik kepada adik-adik sewaktu kecil lagi dalam usaha untuk melahirkan generasi yang bertaqwa. Saya merasakan bahawa rancangan seperti ini sepatutnya lebih “dimeriahkan” di televisyen. Tahniah kepada JAKIM dan RTM kerana berjaya menghasilkan rancangan yang bermanfaat kepada masyarakat khususnya buat adik-adik. Untuk “adik-adikku” akak mendoakan semoga kalian menjadi pewaris perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan islam di akhir zaman ini. Kepada rakan-rakanku jangan lepaskan peluang menyaksikan peringkat akhir adik-adikku pada 18 mac in, live di TV1.

0 comments:
Post a Comment