Welcome to my blog :)

rss

Tuesday, March 30, 2010

MEREKA MENDOAKAN KITA!



Istimewanya Islam ialah kita bukan sahaja mendoakan diri sendiri bahkan kita boleh mendoakanorang lain, sebagaimana makhluk-makhluk Allah turut mendoakan orang yang beriman. Malah doa seorang hamba kepada saudaranya adalah maqbul sabagaimana sabda Rasulullah s.a.w., “Tiada seorag Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya, ‘Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu.” (Riwayat Muslim).
Antara orang yang mendoakan kita adalah:

- Ibu bapa

- Orang lemah yang pernah kita bantu

- Anak-anak yatim

- Sahabat-sahabat seperjuangan dalam iman dan agama

- Guru yang berkongsi ilmu dengan kitadan mengenalkan kita kepada dunia

- Malaikat

- Makhluk-makhluk Allah yang lainsama ada di daratan mahupun di lautan

Sekarang sedarkah anda? Ibu bapa yang mengasihi kita sering mendoakan anak-anaknya, orang yang memerlukan dan anak-anak yatim yang pernah kita bantu juga tidak lupa mendoakan kita, doa yang ikhlas dating dari hati yang tulus. Oleh itu, banyakkanberbuat kebaikan dan jadilah hamba yang soleh agar anda sering disoakan oleh seluruh penghuni langit dan bumi.

Dipetik dari majalah Tarbawi

Sumber: Solusi 12

1 comments:

SITI NAJAH BINTI MOHD PAUZI said...

indahnya hidup bersama Islam,
I'm proud to be a Muslimah

Post a Comment