Welcome to my blog :)

rss

Tuesday, March 30, 2010

MERAWAT DEMAM MENURUT ISLAM

Assalamualaikum warahmatullah….hamparan salam ukhuwah, salam yang menghubungkan kita sesama Islam  untuk saling kenal mengenali yang akhirnya mengikat kita ke satu nikmat persahabatan yang diredhai Allah..

Untuk lembaran kali ini, saya tertarik untuk menulis tentang tajuk “merawat demam”. Saya berkeinginan untuk menulis tajuk ini selepas saya membaca majalah solusi isu 15. Saya merasaka sebagai umat islam kita perlu dan patut mengetahui bagaimana cara untuk kita menghadapi sakit yang kita alami berlandaskan tatatertib sebagai seorang Muslim.Tips dan cara yang diajarkan Islam ini yang membezakan kita dengan orang bukan Islam dalam menghadapi musibah sakit ini.

Setiap musibah yang Allah timpakan kepada kita sebenarnya punyai hikmahnya yang tersendiri. Usahlah kita mudah mencaci dan mencela musibah yang kita timpa kerana Rasulullah melarang umatnya berbuat demikian. Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a bahawa dia berkata: “ Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam kepada Rasulullah s.a.w, tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullsh bersabda yang bermaksud: ’Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi. Justeru itu, ,andai diri sabar dan redha pastinya ganjaran yang besar dianugerahkan di ‘sana” nanti. Musibah yang Allah “anugerahkan” seperti kesakitan dan kesempitan pastinya punya cara untuk mengatasinya. Menurut sabda Rasulullah yang bermaksud: Setiap penyakit mempunyai ubatnya kecuali mati. Maka, pastinya musibah demam juga mempunyai tips dan cara yang telah diajar oleh Baginda kepada kita umatnya. Islam juga mengajar kita supaya dapat merawat demam dengan sebaiknya. Diriwayatkan oleh al- Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:” Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat yang menjaganya dengan firman (maksudnya) ,’ Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.

Abu Hurairah r.a berkata:” Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi s.a.w “demam itu berpunca daripadabahang neaka Jahanam” iaitu panas demam yang bergelojak sepertimana Rasulullah s.a.w pernah mengucapkan dalamhadis yang lain, “panas matahari yang terik berpunca daripada bahang neraka jahanam.”

Islam mengajar kita tips dan cara untuk merawat demam. Berikut merupakan tips untuk merawat demam:

• Sejukkan demam dengan air

- Daripada Rafi’ bin Khadij r.a, bahawa dia mendengar sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnyademam itu merupakan didihan api neraka jahanam, maka sejukkan ia dengan air.”( Riwayat Muslim no. 5889).

- Hadith Riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadith Rafi’ bin Khadij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang antara kamu diserang demam dan demam itu adalahpercikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah dia mengucapkan:

بِسْمِ الله اللَّهُمَّ اشْفِ عَبْدَكَ وَصَدِّقْ رَسوُلَكَ

Maksudnya: “ Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba-Mu dan benarkan bimbingan Rasulmu.

Lalu berendamlah sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika belum sembuh, ulangi hingga lima hari. jika belum sembuh juga maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari dengan izin Allah.

• Membaca Ruqyah (jampi)

- Doa merupakan senjata bagi Mukmin. Rasulullah menyarankan kita agar membaca doa-doa yang telah disyariatkan untuk mengubati penyakit.Demam juga mempunyai doa yang khusus. Dalam sebuah hadith daripada riwayat Imam al- Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah pernah mengajar doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:

بِسْمِ اللهِ الْكَبِيرِ أَعُوذُ بِاللهِ العظيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْق نَعَّارِوَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَارِ

Maksudnya: “ Dengan Nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”

Moga tips dan cara yang telah diajar Rasulullah ini dapat membantu kita bagaimana untuk kita merawat demam sebaik mungkin dengan berlandaskan Islam yang hakiki. Mga kita dapat manfaatkannya bersama.

0 comments:

Post a Comment