Welcome to my blog :)

rss

Wednesday, April 7, 2010

HADIAH DARIPADA SEORANG TEMAN




Assalamualaikum,,salam ukhuwah fillah abadan abada..


Bertemu kita sekali lagi dalam lembaran kali ini..

Sebenarnya tiada penulisan panjang lebar yang ingin saya khususkan dan kupaskan untuk lembaran kali ini.

Tetapi saya khususkan penulisan ini khas buat teman yang pernah menjadi sahabatku dulu..
terimalah...

hadiah daripada seorang teman.



Teman kucoretkan puisi ini khusus buatmu..

Cinta…

Kerana cinta manusia terlalu asyik

Kerana cinta manusia tidak tahu membezakan yang haq dan yang batil

Kerana cinta manusia lupa dirinya yang sebenar

Kerana cinta manusia sanggup melakukan apa saja tanpa menggunakan akal yang khusus diciptakan Allah untuk kita

Kerana cinta manusia lupa cinta agungnya.


Ketahuilah...

hakikat sebuah cinta adalah cinta kita pada ALLAH

Jika kau pelihara cinta itu pasti kau tidak akan kecewa

walaupun kau dikecewakan oleh makhluk ciptaanNya

Kerana cintaNya pada kita adalah atas sifat RAHMAN dan RAHIMNYA.



Ingatlah wahai temanku

Janganlah kau terlalu kecewa kerana gagal dalam cintamu kepada manusia

tapi kau ratapilah kegagalan kau membina cintamu kepada Allah

Jika cintamu kukuh terbina kepadaNya

Pasti makhluk lain jua akan mencintaimu.



Teman

Kau telah dikurniakan akal untuk berfikir

Hakikat sebuah kebenaran dan kebatilan itu jelas

Janganlah kau terburu-buru dek kata hati yang menggodamu kearah kebatilan.



Teman

Seharusnya kau kuat menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam hidupmu

Jelaskanlah matlamatmu

Kau punyai keluarga yang amat menyanyangimu

Harapan mereka padamu sangat tinggi

Jangan kau hampakan mereka

Pasti kekesalan akan muncul sekiranya kau mengkhianatinya.



Teman

Mujahadah perlu dalam dirimu

Kau mesti menggenggamnya erat di dalam hatimu.

Ku akui sukar untuk bermujahadah

Tapi itulah jalan yang patut kau pegang dan kau ikuti.



Sebagai seorang teman

Aku tiada ‘harta’ sebagai hadiah buatmu

Tapi hanya bait-bait nasihat ini yang mampu aku berikan.



Ingatlah wahai teman

kau adalah sebutir permata yang berharga dalam keluargamu



Teman

Maafkan segala kekhilafanku

Terima kasih atas segalanya

Andai kau melihatku tersilap langkah

Usahlah kau ragu2 melorongiku ke jalan kebenaran

Aku menghargai persahabatan yang terjalin antara kita dulu

kerana kau pernah menjadi sahabatku

walaupun kini kita tidak seperti dahulu

tetapi atas nama persahabatan

aku coretkan penulisan ini khusus buatmu

dan..

kita akan terus bersahabat selamanya..

IKLAS DARIKU UNTUKMU

0 comments:

Post a Comment