Welcome to my blog :)

rss

Wednesday, April 7, 2010

HADIAH DARIPADA SEORANG TEMAN




Assalamualaikum,,salam ukhuwah fillah abadan abada..


Bertemu kita sekali lagi dalam lembaran kali ini..

Sebenarnya tiada penulisan panjang lebar yang ingin saya khususkan dan kupaskan untuk lembaran kali ini.

Tetapi saya khususkan penulisan ini khas buat teman yang pernah menjadi sahabatku dulu..
terimalah...

hadiah daripada seorang teman.

Tuesday, March 30, 2010

MEREKA MENDOAKAN KITA!



Istimewanya Islam ialah kita bukan sahaja mendoakan diri sendiri bahkan kita boleh mendoakanorang lain, sebagaimana makhluk-makhluk Allah turut mendoakan orang yang beriman. Malah doa seorang hamba kepada saudaranya adalah maqbul sabagaimana sabda Rasulullah s.a.w., “Tiada seorag Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya, ‘Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu.” (Riwayat Muslim).

MERAWAT DEMAM MENURUT ISLAM

Assalamualaikum warahmatullah….hamparan salam ukhuwah, salam yang menghubungkan kita sesama Islam  untuk saling kenal mengenali yang akhirnya mengikat kita ke satu nikmat persahabatan yang diredhai Allah..

Untuk lembaran kali ini, saya tertarik untuk menulis tentang tajuk “merawat demam”. Saya berkeinginan untuk menulis tajuk ini selepas saya membaca majalah solusi isu 15. Saya merasaka sebagai umat islam kita perlu dan patut mengetahui bagaimana cara untuk kita menghadapi sakit yang kita alami berlandaskan tatatertib sebagai seorang Muslim.Tips dan cara yang diajarkan Islam ini yang membezakan kita dengan orang bukan Islam dalam menghadapi musibah sakit ini.

Monday, March 29, 2010

UBAT HATI


Assalamualaikum,,salam ukhuwah fillah abadan abada..
Untuk entry kali ini, saya ingin menulis tentang hati..
penulisan ini sengaja saya pilih khusus buat mendidik diri saya supaya dapat memelihara hati dengan sebaiknya.Harapnya moga penulisan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

PERMATA PINTAR PEWARIS CENDEKIAWAN ISLAM

Bergenang air mata ini apabila mendengar adik-adik yang bakal menerajui masa depan negara menyanyikan lagu permata insan pada majlis pelancaran Permata Insan di DKP3 Universiti Sains Islam Malaysia pada 12 mac lalu. Bait-bait lagu yang menyentuh hati itu menerangkan tentang anak-anak seperti kain putih, suci dan bersih sebagaimana sabda junjungan kita Rasulullah s.a.w.

Friday, March 26, 2010

AKU INGIN SEPERTI ABU BAKAR DALAM BERSAHABAT



Aku ingin seperti Abu Bakar
yang setia dalam bersahabat
yang rela menggorbankan harta dan nyawa
semuanya atas nama persahabatan
juga atas nama kasih sayang
dan demi keredhaan ILAHI.

Kau insan terpilih untuk menjadi
pendamping dan pembenar kepada Rasulullah
Kau membenarkannya saat manusia tidak mempercayainya
Kau bersamanya saat suka dan duka.

Aku ingin sepertimu Abu Bakar
Kau misalan seorang sahabat yang setia
Kau inspirasi buatku untuk menjadi sahabat
yang sanggup bersusah payah demi sebuah persahabatan.

Terima Kasih Abu Bakar
keranamu, aku mengerti
hakikat sebuah persahabatan.

Thursday, March 25, 2010

JANGAN PUTUSKAN PENGHARAPAN PADA ALLAH



Terkadang diri kita mudah terasa lemah
lemah kerana kecewa, sedih dan tertekan
tetapi disebalik kesedihan yang tercipta
tersembunyi hikmah yang pelbagai
jangan disebabkan kesedihan yang melanda
menjadi sebab engkau putus harapan kepada Allah
jangan ikutkan kata hati,tetapi pandulah hatimu
ke lorong cahaya Ilahi
jangan kau mudah akurkan dirimu sebelum
berusaha melawan kelemahan itu
usahlah terlalu mudah untuk berputus asa
kerana sekali kita putus asa
kita akan putus pengharapan daripada Allah
Sesungguhnya pintu rahmat Allah itu luas seluas-luasnya
Allah itu Maha Pengasih kepada hamba-hambanya

Saturday, March 13, 2010

MATA ADALAH ANUGERAH ILAHI..HARGAILAH..

Assalamualaikum…salam ukhuwah…persaudaraan islam selamanya…
Kali ini saya tertarik untuk menulis tentang salah satu daripada anugerah yang tidak ternilai harganya yang ada dalam diri kita. Ianya ialah…mata, eye dan juga ainun. Sebenarnya ada motif tersendiri untuk saya sampaikan kepada anda semua tentang topik ni. Actually beberapa minggu yang lepas saya  mengalami ujian daripada Allah yang menuntun saya untuk sentiasa redha dan sabar. Saya mengalami ujian sakit mata. Pada mulanya saya sudah dapat mengagak bahawa saya akan mengalami ujian ini kerana sakit ini mudah untuk dijangkiti.

RANCANGAN ADIK-ADIKKU MENDIDIK PERIBADI ADIK-ADIK

                             

Seronok hati ini apabila menonton rancangan adik-adikku yang disiarkan RTM setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.30 petang. Apa tidaknya, dapat melihat adik-adik kecil yang berumur antara 9 hingga 14 tahun dengan bijaksana menyampaikan da’wah islam dengan kreativiti masing-masing. Saya hanya sempat menonton siaran ini pada cuti raya cina yang lalu, jadi untuk episod yang seterusnya saya tidak berkesempatan menonton siaran ini disebabkan komitmen saya sebagai pelajar. Kepadatan jadual belajar menghalang saya untuk terus memberi komitmen terhadap rancangan ini...

Monday, February 22, 2010

SENYUMAN


Senyuman yang lahir daripada hati yang ikhlas
membibitkan rasa ukhuwah yang mendalam
Sebuah sedekah yang paling mudah
mewujudkan satu ikatan persaudaran yang kekal abadi
melihat senyuman yang manis hati yang sedih menjadi tenang
Itulah keistimewaan sebuah senyuman yang ikhlas.

Senyum seindah suria yang membawa cahaya
senyumlah dari hati duniamu berseri
Senyum umpama titian dalam kehidupan
 kau tersenyum ku tersenyum
kemesraan berputik
senyum kepada semua
senyumanmu amatlah berharga
senyum membahagiakan
 dengan senyuman terjalinlah ikatan